Sunday 16 February 2014

Supplement rosakkan badan?

Bismillah

Selalu dengar orang mengeluh...

Makan supplement banyak-banyak ni bahaya, boleh rosakkan buah pinggang!
Takpe ke ambil banyak2? Takutlah nak makan. Nanti rosak badan.

Lepastu peniaga supplement pun cakaplah. Oh takde masalah. Dijamin sentiasa selamat!

~ Sangat dianjurkan ambil supplement ikut keperluan tubuh.. cthnya, kalau anda suka sangat minum susu dan makan makanan yang mengandungi kalsium seperti bilis , keju dll tak perlu dah ambil supplement kalsium yang dilengkapi vitamin D. Kalsium sangat penting untuk memastikan tulang dan gigi yang sihat dan mencegah osteoporosis, osteomalacia, rickets dll. Jika anda mmg tak suka lansung minum susu, makan makanan yang mengandungi kalsium pun kadang2, kemudian asik rasa sakit2 badan, jadi sesuailah ambil supplement kalsium.

Saya ambil cth kalsium ya,

Bagaimana yang dikatakan supplement kalsium jadi bahaya tu?

Jika tak kena gaya cara pengambilan, overdose .. (melebihi 40,000 iu setiap hari ), anda boleh kena keracunan Vitamin D dan seterusnya hypercalcemia.

Bila ambil supplement kalsium tengok pula berapa kandungan vitamin D dalam setiap caplet?

Oh, 100 iu saja. Kalau ambil 4 caplet setiap hari baru 400 iu. Ok, insya Allah selamat.

Yang penting ambil ikut keperluan tubuh, bersederhana dan ambil seperti yang dicadangkan.

Kesimpulannya peniaga dan pengguna sama2 kena berilmu...

Pengguna, sebelum laju mulut nak cakap itu ini, kena faham dulu kenapa perlu ambil supplement? Adakah kerana trend terkini? Ikut2? Berapa banyak supplement dan supplement apa yang anda perlu ambil?

Peniaga pula kena fahamkan konsep supplement dan betulkan misconception pengguna tu.

Sekian (saya yang masih belajar).


Terima kasih kerana sudi membaca

Ummusumayyah274
ID: 1084356
0196835149

No comments:

Post a Comment