Sunday 16 February 2014

Supplement rosakkan badan?

Bismillah

Selalu dengar orang mengeluh...

Makan supplement banyak-banyak ni bahaya, boleh rosakkan buah pinggang!
Takpe ke ambil banyak2? Takutlah nak makan. Nanti rosak badan.

Lepastu peniaga supplement pun cakaplah. Oh takde masalah. Dijamin sentiasa selamat!

~ Sangat dianjurkan ambil supplement ikut keperluan tubuh.. cthnya, kalau anda suka sangat minum susu dan makan makanan yang mengandungi kalsium seperti bilis , keju dll tak perlu dah ambil supplement kalsium yang dilengkapi vitamin D. Kalsium sangat penting untuk memastikan tulang dan gigi yang sihat dan mencegah osteoporosis, osteomalacia, rickets dll. Jika anda mmg tak suka lansung minum susu, makan makanan yang mengandungi kalsium pun kadang2, kemudian asik rasa sakit2 badan, jadi sesuailah ambil supplement kalsium.

Saya ambil cth kalsium ya,

Bagaimana yang dikatakan supplement kalsium jadi bahaya tu?

Jika tak kena gaya cara pengambilan, overdose .. (melebihi 40,000 iu setiap hari ), anda boleh kena keracunan Vitamin D dan seterusnya hypercalcemia.

Bila ambil supplement kalsium tengok pula berapa kandungan vitamin D dalam setiap caplet?

Oh, 100 iu saja. Kalau ambil 4 caplet setiap hari baru 400 iu. Ok, insya Allah selamat.

Yang penting ambil ikut keperluan tubuh, bersederhana dan ambil seperti yang dicadangkan.

Kesimpulannya peniaga dan pengguna sama2 kena berilmu...

Pengguna, sebelum laju mulut nak cakap itu ini, kena faham dulu kenapa perlu ambil supplement? Adakah kerana trend terkini? Ikut2? Berapa banyak supplement dan supplement apa yang anda perlu ambil?

Peniaga pula kena fahamkan konsep supplement dan betulkan misconception pengguna tu.

Sekian (saya yang masih belajar).


Terima kasih kerana sudi membaca

Ummusumayyah274
ID: 1084356
0196835149

Sunday 9 February 2014

Tanda-tanda kekurangan Vitamin C

Bismillah

Saya bukan doktor, bukan pakar pemakanan, bukan  jururawat, bukan menteri kesihatan mahupun pengarah hospital dan saya bukanlah nak ambil alih tugas mereka semua tu.

Saya hanya orang biasa... yang masih belajar dengan erti kehidupan (poyo :P). Maka ilmu yang ada tu kenalah dikongsikan utk diamalkan sendiri dan untuk manfaat orang lain.

Just nak share tanda-tanda kekurangan vitamin C. Kat sekolah dulu pernah belajar tentang ni. Lagipun ini ilmu umum yang semua orang patut tahu untuk menilai tahap kesihatan mereka.


Antara tanda-tanda kekurangan Vitamin C

  • Mudah tertekan (Sikit-sikit nak mengamuk. Mengamuk yang biasa-biasa je tau, mudah terasa hati, mudah merajuk. Sikit-sikit nak muncung boleh buat sangkut hanger. Kalau mengamuk dengan parang tu tanda sakit lain pulak)
  • Kulit sangat kelihatan kering dan bersisik
  •  Tapak kaki keras dan kasar
  •  Mudah kena lebam-lebam
  • Gusi mudah berdarah
  • Cepat letih
  • Sakit sendi dan otot
  • Rambut kelihatan kering dan kurang sihat
  •  Hidung mudah berdarah
  • Luka lambat sembuh
  • Kalau sakit susah nak sembuh (ambil masa lama)
  • Hilang berat badan

Kalau anda ada tanda-tanda di atas  kemungkin anda kekurangan vitamin C... Tapi, kalau ia nampak serius dan sebahagian dari tanda-tanda tu ada, pergilah jumpa doktor ya... Tanda -tanda di atas ni boleh jadi kerana kekurangan vitamin C atau mungkin juga tanda penyakit lain (terutamanya kalau mudah sangat demam, kat badan banyak sangat lebam-lebam tanpa punca dan muncul di bahagian yang tak logik nak kena lebam), hilang berat badan, gusi mudah sangat berdarah).  Jangan ambil mudah tentang sakit ye.

Cara untuk mengatasi masalah kekurangan vitamin C, setiap hari anda kenalah banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kalau tak mampu dan tak sempat, bolehlah ambil supplement. Salah satu supplement yang saya nak perkenalkan ni sangat kaya dengan Vitamin C. Setiap tablet mengandungi 7 1/2 biji buah termasuk kulit-kulitnya sekali.

Jadi kalau taknak makan vitamin, bolehlah makan 7 1/2 biji oren setiap hari dan jangan lupa makan dengan kulitnya sekali sebab kulitnya itulah yang banyak vitamin C.




Terima kasih kerana sudi membaca

Ummusumayyah274
Shaklee Independent Distributor
ID: 1084356
0196835149

Thursday 6 February 2014

Supplemen yang diperlukan semasa tempoh kehamilan


Rasa terpanggil untuk menulis tentang keperluan vitamin kepada ibu hamil. Semua sedia maklum bahawa ibu hamil perlu mendapatkan vitamin dan mineral yang mencukupi untuk kebaikan ibu dan bayi. Vitamin dan mineral tersebut boleh didapati dari sumber makanan. Namun kapenatan, kesibukan dan tekanan menyebabkan tubuh tidak mendapat vitamin yanng secukupnya seperti yang disarankan oleh doktor dan pakar pemakanan.

Saya nak cerita tentang makanan tambahan dan vitamin yang boleh dicadangkan kepada ibu hamil. Jom kita lihat satu persatu.


B-Complex mengandungi Vitamin B1, B2, B3, B6, B12, Biotin dan Asid Panthotenic dan juga asid folik sebanyak 200 mcg.
Apakah khasiat B-Complex?

# Membantu pembinaan DNAdan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang (janin)
# Untuk ibu, berfungsi untuk mengelak tekanan, meredakan sakit kepala, kemurungan dan imsonia. Sangat sesuai untuk ibu hamik kerana fasal kehamilan adalah fasa ketidakstabilan hormon yang boleh membawa kepada tekanan emosi dan kemurungan.

Vita-lea pula adalah multivitamin dan mineral. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diiestrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting. Sangat sesuai diambil oleh ibu mengandung kerana mengandungi zat besi  yang berfungsi untuk membentuk hemoglobin, mengelak kel etihan dan anemia. Juga mengandungi kalsium yang berfungsi memperkasakan tulang dan gigi, darah beku, kejang, insomnia dan mencegah osteoporosis.

ESP pula adalag Energizing Soy Protein yang membekalkan 9 asid amino, 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk ibu hamil kerana ia membekalkan protein untuk pertubuhan sel dan tisu baru dan memberikan tenaga. Nama pun Energizing. Ibu hamil pula sering mengalami keletihan dan kelesuan lebih-lebih lagi bila kandungan semakin membesar. ESP juga sesuai diambil oleh ibu yang mengidap diabetis kerana Indeks Glisemik yang rendah iaitu 39.
Omega Guard yang kaya dengan asid lemak DHA, ALA dan EPA sesuai diambil semasa trimester ke 3 di mana pada waktu ini sedang berlaku perkembangan otak janin. Sesuai juga untuk ibu yang mempunyai darah tinggi kerana merendahkan kolesterol dan mengelak pembekuan darah.

Jadi sekiranya anda ingin mencari supplemen yang sesuai untuk tempoh kehamilan saya akan mencadangkan set di bawah:




Terima kasih kerana sudi membaca

Ummusumayyah274
ID: 1084356
0196835149

Wednesday 5 February 2014

Testimoni pengguna produk Shaklee semasa hamil.

Bismillah

Saya nak kongsikan satu testimoni customer, Puan Mareeya Muda yang menggunakan produk Shaklee semasa mengandung. Saya telah edit sedikit untuk memudahkan bacaan. Jemput baca :)

=========================================================================

PERBEZAAN MENGANDUNG PERTAMA & KEDUA

Sekarang kandungan saya sudah masuk 23 minggu. Kira dah nak masuk 6 bulan. Saya alami perbezaan yang ketara antara mengandung sekarang dan yang pertama dulu.

1st pregnant : Saya belum kenal Shaklee... Saya makan vitamin klinik kerajaan which is ade folik asid, b complex, iron tablet & Vit c.... Tapi saya bukan jenis yg compliance sangat... Selalu saya skip ubat-ubat klinik ni...hihi...Saya selalu minum susu dutch lady & fresh milk... Saya tak minum anmum sebab Misi klinik kata tak bagus (saya pernah minum skali je.. Dah beli sekotak anmum coklat...then lepas Misi kata  tak elok terus sy stop)

Pregnant sekarang : saya makan full set shaklee untuk ibu mengandung which is ade ESP, VITALEA, VITAMIN C, OSTEMATRIX, B COMPLEX...OMEGA sy akan start consume lepas 6 bulan nanti.... Sama mcm pregnant 1st dlu sy bkn la jenis compliance sangat... Hihi... Tapi saya lebih disiplin sikit banding pregnant 1st dlu... Susu saya jarang minum skang... Sangat jarang...

Pregnant 1st :
•• sy alami alahan sangat teruk... Lembikkk.. Saya selalu ke emergency department... Kene cucuk masuk air... Kene masuk wad semalaman sbb hyperemesis gravidarum....(alahan teruk)... Saya selalu MC sebab alahan teruk smpai geng-geng wad mengata.. (Tapi ada aku kesah??? aku yg rase... Bukan hampa...hahaha).
•• Saya selalu kene tangkap mengkarung sebab tak cukup kalsium...alaaaa, kejang kaki tu.... Setiap malam saya menjerit panggil laki suruh tarik kaki... Haha.. Sampai dia kata, Awak ni jangan la jerit mlm-malam..Kang ape pulak org pikir... Hahaha (ade aku kesah???)
•• seawal kandungan 5 bulan keluar stretch mark!!!! Byk!!! Hitam!!! Ya Allah..sangat stress.. Dari awal kehamilan saya sapu mcm-macam... Bio oil laa, minyak Johnson laa.. Tapi ade jugak.. (takdapat terima kenyataan).. dan paling tak best kesan stretch mark tu saya jadi sangat gatallllll..... Tergaru-garu perut mcm monyet...hahaha
•• saya mudah letih, sakit pinggang...
•• saya alami keputihan yg teruk... (Sgt teruk smpai kene masuk pessari... Ok, taknak cite byk bab ni)

2nd pregnant :
•• Alahan still ade.. Melepek jugak tapi tak seteruk yg 1st... Saya  tak pernah ke emergency department, tak pernah masuk wad... & tak PERNAH MC!!!
•• Setakat ni dah 23 minggu, sy tak pernah lagi kene tangkap mengkarung.. Kire malam-malam takde la saya terjerit-jerit... Hahaha
•• Setakat ni masih takde stretch mark.... Takde lansung.. Saya sapu minyak Johnson je..Hihi... So takde la tergaru-garu lagi mcm monyet..
•• Saya lebih bertenaga of cozzzz
•• Tiada langsung keputihan!!! Magic!!

Ok... Ni testimoni setakat ni.. Panjang lebarrr... nanti saya klongsi lagi testimoni sampai la lepas bersalin nanti...


=========================================================================

Ok. Dah baca? Menarik pengalaman puan ni. Jadi kepada ibu-ibu yang sedang mengandung dan ingin mencuba produk Shaklee, boleh hubungi saya.


Terima kasih kerana membaca

Ummusumayyah274
Shaklee Independent Distributor
ID: 1084356
0196835149


Pakej Breastpump Snowbear

Bismillah

Masya Allah. Bestnya pakej breastpump Snowbear ni. Kenapa best?

Sebab jimat sangat. Anda akan dapat macam-macam barang.

Hanya dengan RM278, anda akan dapat:
✔ 1 x Snow Bear Advanced Electric Breastpump
✔ 1 x Autumnz Posh Cooler Bag
✔ 3 x Autumnz Reusable Ice Pack
✔ 10 x Autumnz Storage Bottle
FREE 5 x Autumnz Breastmilk Storage Bag


dan satu free gift misteri untuk anda. Best kan?





Berminat? Boleh hubungi saya untuk pembelian 0196835149

Ummusumayyah274
Shaklee Independent Distributor
ID: 1084356

Mari berkenalan dengan Omega Guard



Mari berkenalan dengan Omega Guard ye tuan-tuan dan puan-puan serta cik-cik.

# Omega Guard keluaran Shaklee diesktrak dari ikan laut air sejuk seperti ikan sardin, mackerel, herring, billis dan lain-lain di perairan laut negara Jepun.

# Tidak diekstrak dari hati minyak ikan

 # Mengandungi 7 rangkaian spektrum penuh 7 asid lemak Omega 3 semulajadi EPA, DHA dan ALA.

# Tidak dihasilkan dengan menggunakan kaedah biasa (penyulingan tekanan tinggi) tetapi menggunakan kaedah LUAR BIASA iaitu penyulingan propietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sekaligus menyingkirkan bahan berbahaya seperti logam berat, merkuri, arsenik , kadmium, dioksin dan polychlorinated buphenyl. Maklumlah hidupan laut terdedah dengan pencemaran  logam berat. Kerana itulah Shaklee memilih cara ini.

Apa yang Shaklee boleh bantu?

 - Mencegah penyakit saluran darah dan strok
- Menentang cancer
- Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru.
- Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori
- Memelihara fungsi sendi
- Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan

Jadi siapa yang sesuai ambil Omega Guard?

- Mereka yang mengidap sakit jantung dengan cara merendahkan kolesterol, mengelak pembekuan darah di dalam badan
- Pengidap allergy (asthma, sinusitis, eczema dan lain-lain)
- Ibu mengandung (untuk manfaat bayi)
-Kanak-kanak dan remaja yang sihat dan mengalami masalah ADHD, autism, hiperaktif, asthma dan allergy
- warga emas mengidap penyakit athritis, alzheimer,
- ibu yang berpantang dan menyusukan anak
- mereka yang sihat dengan cara mengawal masalah obesiti dan seterusnya membantu mengurangkan risiko sakit jantung.



Sunday 2 February 2014

Pengalaman babywearing

Bismillah

Babywearing... pernah dengar perkataan ini? Ia adalah perbuatan menggendong/ memakai bayi. Saya sebenarnya sebelum ni tak pernah dengar perkataan ni, sampailah diperkenalkan oleh beberapa orang rakan dalam group di FB.

Saya bermula babywearing ni bila sumayyah nak masuk umur 5 bulan  atau 6 bulan kalau tak silap saya. Masa tu memang tak terlintas lansung nak berbabywearing. Lagipun ada mak saudara dah hadiahkan baby carrier. Later on baru saya find out yang carrier tu tak sesuai untuk menggendong baby kerana strukturnya tak menyokong tubuh baby dan boleh menyebabkan kesakitan kepada baby dan penggendong.

Bila dah mula dapat info tentang babywearing saya pun mulalah fikirkan carrier apa yang sesuai. Bila terbaca tentang pendapat ramai ibu-ibu tentang carrier yang best, saya memilih brand Snuggbaby. Snuggbaby Stork adalah SSC atau Soft Structured Carrier yang direka dan dijahit oleh seorang WAHM dari Malaysia, maka kain yang dipilih untuk menghasilkan SSC ini adalah kain yang sesuai dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap. Lagipun Snuggbaby Stork boleh pakai sehingga bayi mencapai berat 20 kg.

Saya beli SSC Snuggbaby Stork di Fabulous Mom Online. Masatu FM ada promosi, jadi dapatlah harga murah sikit dari harga biasa.

Babywearing banyak membantu saya terutama bila saya nak ke kedai. Saya boleh berjalan dengan laju, melangkah parit tanpa was-was, mengangkat barang-barang, memegang beg tangan di sebelah, keluarkan duit  dari wallet dengan mudah, berjalan dengan kurang rasa penat, naik eskalator dan tangga dengan mudahnya. Setakat ini saya dapat menjalankan aktiviti dengan bebas dan mudah. Pernah sekali saya terpaksa beratur panjang menunggu giliran mengambil nombor di Hospital Serdang. Mujur ada baby carrier ni. Taklah rasa penat sangat berdiri lama. Juga saya pernah berjalan di ekspo buku dan Ikea. Dahlah tak disediakan kerusi di tempat-tempat tu, sekurang-kurangnya saya tak rasa penat sangat bila kena gendong Sumayyah sambil berdiri dan berjalan, Yang bestnya Sumayyah boleh tidur sekali dengan nyenyak dalam carrier tu. Weeeehu :D


 

 Terima kasih kerana sudi membaca

Ummusumayyah274
Shaklee Independent Distributor
ID: 1084356
0196835149

Promosi Februari

Bismillah.

Oleh kerana bulan ini promosi Vita-lea. Maka saya nak promosikan ia.

Tahukah anda beberapa fakta menarik tentang Vita-lea Iron Formula?

  • Multi-vitamin yang pertama dicipta di dunia. Nama asalnya Vitalize Mineral dan disingkatkan sebutan kepada Vitamin. Perkataan vitamin yang disebut di seluruh dunia ketika ini berasal dari Shaklee.
  • Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian  lengkap yang diestrak dari buah dan sayuran, 12 vitamin dan 7 mineral penting.
  •  Warna hijau Vita-lea adalah kerana ia disaluti spirulina.
  • Dihasilkan dengan kaedah teknologi eksplosif  dan kerana itu ia merupakan tablet multivitamin paling pantas di dunia terlarit dalam air dan tubuh manusia.
  • Vita-lea dipilih oleh Center for Science di AS sebagai The Best Multivitamin di dalam Public Interest pada tahun 2000.
Apakah fungsi dan khasiatnya?
  • Penambahan tenaga segera (sesuai untuk mereka yang aktif)
  • Melengkapkan nutrisi (bagi mereka yang kurang makan sayur boleh ambil Vita-lea untuk top up nutrisi yang kurang).
  •  Keupayaan sistem produktif (Membantu dalam meningkat pertumbuhan kanak-kanak dan remaja)
  • Metabolisme (sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan)
Jadi siapa yang sesuai ambil Vita-lea?
  • Mereka yang tak suka makan banyak sangat vitamin kerana ia mengandugi nutrisi  lengkap yang diperlukan oleh tubuh
  • Mereka yang mengalami masalah anemia (Vitalea dirumus khas dengan kandungan zat besi)
  • Ibu mengandung dan menyusukan bayi kerana ibu perlukan zat besi, asid folik dan kalsium yang cukup.
  • Mereka yang selalu keletihan
  • Golongan remaja dan kanak-kanak

Jika berminat untuk mendapatkan produk ini, boleh hubungi saya:

Ummusumayyah274
ID: 1084356
0196835149

Saturday 1 February 2014

Sakit Tekak dan Batuk sembuh dengan Vitamin C

Bismillah

Saya nak cerita tentang pengalaman saya mengambil Vitamin C tatkala diserang sakit tekak dan batuk baru-baru ini.
 Saya sebenarnya dah lama tak kena sakit tekak.  Saya mempunyai tekak yang agak sensitif. Kalau minum air berais berhari-hari atau terminum air tak bertapis, mulalah akan rasa sakit tekak.. rasa perit bila nak telan air liur.

Baru-baru ni pulak water filter di rumah saya ni ada masalah sikit, jadi untuk beberapa hari ni tak dapat minum air bertapis. Hari tu jugak dah start rasa tekak perit, badan rasa macam seram sejuk. Saya dah agak, mungkin dah kena infection ni. Lymph Nodes bengkak. Tak cek pun suhu, tapi badan rasa tak sedap.

So saya ambil sebiji vitamin C. Esoknya tanda-tanda batuk mula datang. Teruskan makan vitamin C sampai hari ke empat. Alhamdulillah. hari ke tiga.. sakit tekak mula reda dan tak perit macam sebelumnya, batuk yang sikit2 tu terus lega dan selsema takda lansung. Selalunya (saya dah faham benar patternnya), kalau start sakit tekak tu, esoknya mesti batuk-batuk dan selsema.. dan untuk fully recover tu ambik masa seminggu lebih jugak (kalau tak jaga pantang makan makanan berminyak lagilah lama).

Sakit tekak, batuk dan selsema, semua dalam satu pakej. Kali ni memang tak bagi peluang. 
Sakit tekak dah kurang. Batuk sempat singgah sekejap. Selesema takde.



Selain vitamin C, ape lagi yang saya ambil jika diserang sakit tekak, selsema dan batuk?
 Kadang-kadang saya ambik kapsul bawang putih (pernah makan keluaran Cosway), bawang putih juga berkesan kerana di dalam bawang putih terkandung allicin yang berfungsi sebagai antibiotik untuk mencegah jangkitan).

Untuk pengetahuan, Shaklee pun kapsul bawang putih, namanya Garlic Complex.


Marilah mencuba produk Shaklee.



Terima kasih kerana sudi membaca :)

Ummusumayyah 274
Shaklee Independent Distributor
Id: 1084356
0196835149



.

Kenapa KIta Perlu Suplemen?

  • Tubuh kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang diperolehi dari makanan. Vitamin dan dari pemakanan tidak mencukupi bagi kesan pencegahan penyakit dan anti-penuaan.
  • Buah-buahan dan sayuran mungkin tercemar, penggunaan baja sintetik dan racun perosak mempengaruhi kualiti buah dan sayuran
  • Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan.
  • Gangguan penyerapan zat makanan di dalam tubuh berlaku akibat pengambilan pil penahan sakit laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik
  • Amalan diet yang tidak sihat seperti pengambilan kafein yang berlebihan, lemak, kolesterol, gula dan garam telah mengurangkan simpanan mineraldan menganggu penyerapan mineral.
  • Gaya hidup masa kini dengan kehidupan yang mencabar, sibuk dan stress menyebabkan kurangnya penjagaan diri dan mengakibatkan masalah kesihatan
  • Kurangnya penyediaan makanan sihat di rumah dan gemar makanan segera yang tinggi kandungan MSG merupakan penyumbang kepada masalah kesihatan.
  • persekitaran yang tercemar dan imunisasi yang lemah akibat kekurangan mineral dan vitamin telah menyebabkan diri mudah dihidapi penyakit.
Terima kasih kerana sudi membaca :)

Ummusumayyah274
Shaklee Independent Distributor
ID: 1084356
0196835149

Demonstrasi Vitamin Shaklee

Ini antara salah satu video yang saya tonton. Perbezaan di antara vitamin Shaklee dengan vitamin lain.

Menarik kan ;)


Jadi, jangan ragu-ragu nak mencuba vitamin Shaklee ye.

Terima kasih kerana sudi membaca

Ummusumayyah27
Shaklee Independent Distributor
ID: 1084356
0196835149