Wednesday 29 January 2014

Menyertai Family Day di Melaka

Bismillah

Alhamdulillah. Baru-baru ni diberi peluang dan kesempatan untuk menyertai family day ahli qaryah surau di flat saya. Program ni bertempat di Damar Suria Resort Pengkalan Balak, Melaka. Program berlansung selama 2 hari 1 malam. Ada lebih kurang 10 family yang menyertai.

Kami bertolak dalam jam 12 tengahari dan sampai di sana lebih kurang pukul 3. Agak lama perjalanan kerana rombongan buat keputusan ikut jalan kampung untuk ke Melaka. Kami bergerak dari Nilai- Sendayan- PD- Pengkalan Balak.

Inilah rupa Damar Suria Resort (sumber gambar dari website Damar Suria Resort).
 Resort ini menyediakan 3 jenis bilik. Single, Standard dan Superior.



Kami menginap di bilik single. Untuk kami 3 beranak cukuplah bilk single.  Itupun dah cukup selesa. Alhamdulillah. Apa yang ada dalam bilik? Toilet, almari dan penyangkut baju, katil single 2 buah, set televisyen, kerusi dan meja. Juga ada beranda untuk tengok-tengok keadaan sekeliling.



Program ni tiada aktiviti yang padat. Ada aktiviti sukaneka untuk budak-budak dan orang dewasa, tapi saya tak join. Maklumlah ade 'handbag ' (baca anak) yang perlu dijaga. Malam tu pulak ade aktiviti makan-makan bbq. Alhamdulillah best dan sedap sangat. Ada ayam, jagung, hot dog, udang dll. Tapi saya fokus makan ayam, hot dog dan jagung saja kerana tak makan seafood.

Esoknya pun ada aktiviti. Saya tak join sebab tunggu cik adik manis bangun dari tidur dulu, Abah Sumayyah  siap mandi manda di laut dan mandi kolam.  Saya tengok jelah dari jauh :D.

Ini rupa kolam mandi yang terletak betul-betul depan resort.



Secara kesimpulannya resort ni pada pandangan saya best, saya bagi 3 bintang dari 5 bintang hehe. Sesuai untuk buat family day yang ada acara BBQ kerana banyak pondok makan dan disediakan juga beberapa BBQ Grill , jadi anda tak perlu angkut BBQ grill dari rumah ok. Cuma dengar beberapa komen dari kakak-kakak jiran yang join sekali ni, katanya air laut tu tak berapa sesuai nak buat mandi manda kerana airnya berlumpur.

Masa check out dalam kul 12 tengahari. Pujuk en suami, akhirya dia setuju kami jalan ke bandar Hilir Melaka pulak. Best rasa bila berkonvoi..ade lebih kurang 5 family yang ikut. Yang lain menuju destinasi masing-masing.  Kami semua jalan sama-sama macam rombongan cik Kiah.

Sampai di Melaka kami tak tahu nak pergi mana. Mula-mula cadang nak naik menara Taming Sari. Akhirnya buat keputusan naik naik River Cruise. Saya belum pernah ada pengalaman naik River Cruise. Kalau Menara Taming Sari tu dah pernah naik dengan kawan-kawan serumah tahun 2010 dulu.

Pengalaman naik River Cruise

Teruja. Seronok bila dapat pusing-pusing Bandar Melaka. Orang cakap kalau naik cruise waktu malam lagi best sebab ada lampu-lampu yang cantik.

Dalam trip river cruise tu lalu di Kampung Morten. Kampung ni kampung yang sangat tradisional dan sudah digazette sebagai tapak warisan sejarah. Tapi kami tengok dari luar jelah. Tak masuk dalam kampung lagi.. Hasil dari kajian di google, kampung ni sangat cantik dan penuh dengan ciri-ciri tradisi dan warisan sejarah yang dikekalkan. Insya Allah satu hari nanti harap dapat berkunjung ke Kampung Morten dan melihat sendiri dengan lebih dekat.

 Inilah rupa salah satu rumah di Kampung Morten. Smber gambar (www.travelblog.org).


dan di bawah ni pulak rupa Kampung Morten dari pandangan atas (sumber gambar dari http://bettyandlingshing.blogspot.com).




 

Nampak tak ade  bot berbumbung di sungai tu? Itulah bot untuk aktiviti River Cruise. Sepanjang sungai tu anda akan nampak macam-macam antaranya hotel, deretan kedai makan, sebahagian kubu belanda (yang tinggal saki baki sahaja dan selebihnya sudah roboh/ dirobohkan), Pirate City, jambatan yang bercirikan reka corak tradisional dan lain-lain. Kedai makan yang dibina di sepanjang Sungai Melaka ni kebanyakannya menyediakan ruang makan yang menghadap ke sungai. Yang kelakarnya anda boleh melambai-lambai pada pelancong atau sesiapa saja yang sedang menikmati juadah mereka. Kalau bernasib baik, mereka akan membalas sapaan dan lambaian anda.. Jika tidak mereka hanya memandang anda dengan muka kehairanaan. hehehe.

Oklah itu saja kot untuk entry tentang Family Day. Rasa agak terkilan kerana tak bawak kamera. Jadi terpaksa mengoogle dan meminjam dari beberapa blog.

Terima kasih kerana sudi membaca :)

Ummusumayyah274
Shaklee Independent Distributor
Id: 1084356
0196835149



Wednesday 15 January 2014

Kenapa Shaklee?

Bismillahirahmanirrahim.

Kenapa saya join Shaklee?

Secara jujurnya,... jeng jeng jeng.. nak buat pengakuan jujur ni.

Sebelum ni saya memang tak suka Shaklee. Saya menyampah tengok orang promote iklan Shaklee. Saya skeptical sungguh. Bagi saya vitamin kat pasaran semua sama..

Saya cari maklumat tentang kegagalan Shaklee, kes-kes side effects yang pernah berlaku pada pengguna...saya geledah youtube, blog.

Tak jumpa. ape yang saya nak cari. Kalau ada pun tak kukuh.

Tapi yang saya jumpa kebanyakannya review yang best-best tentang Shaklee. Testimoni. Demonstrasi vitamin Shaklee yang lain dari vitamin lain yang ada di pasaran.

Cari punya cari, akhirnya saya terbuka hati dan mengakui vitamin Shaklee ni lain. Kenapa?

Kerana,

  • CARA PENGHASILANNYA. Mereka menggunakan bahan semulajadi (baca ekstrak) dari tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, sayuran-sayuran yang penuh khasiat untuk menghasilkan vitamin. Sebagai contoh, 1 tablet Sustained Realease Vitamin C diesktrak dari 7 1/2 biji buah oren termasuk kulitnya.
  • KANDUNGAN DAN BAHAN. Tiada  pengawet, perasa dan pewarna tiruan. Memang natural. Sebagai contoh, untuk Chewable Vitamin C, mereka menggunakan perasa lemon yang natural.. bukan sintetik tau. Di botol terang-terang ada dinyatakan NATURAL LEMON FLAVOR.  Pewarna pulak menggunakan pewarna dari suku sakat mereka juga,   contohnya spirulina yang menghasilkan warna hijau pada Vita-lea.
  • Ketiadaan silica gel dalam container vitaminnya. Biasanya kalau kita beli vitamin, kite akan jumpa silica gel. Silica gel ni fungsinya untuk menyerap kelembapan yang mungkin terhasil dalam container vitamin tu, seterusnya akan merosakkan vitamin-vitamin tersebut. Biasanya vitamin sintetik ada diletakkan silica gel. Tapi vitamin Shaklee takde. Sebab, ia natural. Samalah jugak kalau kita beli makanan seperti biskut ke, roti ke.. ada tak diletak silica gel? Takde kan? :)
  • Sejarahnya: Shaklee dah lama.. dah lebih 50 tahun wujud (sejak 1956). Produk mereka yang pertama,Vita-lea. Kalau nak tahu, perkataan vitamin yang disebut semua orang di seluruh dunia bermula dari Shaklee.. iaitu Vitalised Mineral. Dipendekkan menjadi Vitamin. kemudian mereka menamakan semula sebagai Vita-lea.
  •  Beribu kajian klinikal yang dilakukan. Sebelum mereka memasarkan mana-mana produk Shaklee, mereka akan melakukan ujian klinikal terlebih dahulu, untuk menguji keselamatan dan keberkesanan produk tersebut. Kalau ada silap atau kekurangan, mereka akan buat ujian klinikal hinggalah menepati standard piawai  yang mereka tetapkan. Hasil kajian tu pula diterbitkan dalam journal akademik.
  • Ketelusan: Kesemua produk Shaklee ada dinyatakan ingredients pada botol. Takde sorok2.

Setakat ini saja perkongsian saya.. Harap-harap saya tak over claim. Hehe Mungkin ada produk lain yang bagus juga kan... Tapi setakat dalam pengetahuan saya, itulah produk Shaklee dan keunikannya.


Terima kasih kerana sudi membaca.

- Ummu Sumayyah 2014.



Tuesday 7 January 2014

Pakej Breastpump Unimom Forte

Anda sedang mencari breastpumo yang best? Heavy duty dan double pumping?

Taraaa

Ini dia breastpump yang best. Ramai yang dah guna cakap best sebab ciri-ciri istimewa dia tu. Kalau jaga elok2, boleh diperturunkan kepada anak-anak yang seterusnya.


Ape yang terkandung dalam pakej selain breastpump?
1 bag breastpump
1 cooler bag
6 breastmilk storage bottles
ice pack

semuanya dalam satu pakej berharga RM599, daripada harga keseluruhan RM654.
Hubungi saya di talian 0196835149 jika berminat

Tentang Bisnes Online

Bismillah

Alhamdulillah... sudah 3 bulan saya menceburi dunia bisnes online. Kenapa saya bisnes? Banyak sebab. Antaranya kerana mencari pendapatan sampingan untuk membantu suami dan saya juga sebenarnya dah lama teringin untuk bisnes barang-barang bayi dan keperluan ibu.Saya mulakan bisnes sebagai reseller atau dropshipper. Dropshipper ni tak memerlukan modal yang banyak untuk bermula. Kadang-kadang bermula dengan 0 atau bayaran yuran serendah RM20. Untuk menjadi dropshipper yang aktif, sekurang-kurangnya perlu ada satu laptop dan internet connection supaya kita dapat mempromosi barang-barang secara aktif melalui dunia maya.

Harini saya nak kongsikan tentang asam garam dalam dunia bisnes online. Selama 3 bulan saya menceburi bisnes online ini, banyak pengajaran yang saya dapat. Baik saya sebagai seller atau saya sebagai customer. Nak tahu ape dia pengajaran yang saya dapat?

Apa yang customer tak suka seller buat?

1. Tag produk membuta tuli (tanpa study about the customer first).
 Sebagai contoh,
-tag produk mengurangkan berat badan pada prospek yang berbadan besar atau overweight.
-tag produk kecantikan wajah pada prospek yang mempunyai masalah kulit berjerawat.
-tag produk kesuburan kepada pasangan suami isteri yang belum direzekikan cahayamata
mereka ni ada hati dan perasaan, juga maruah. Jika gambar yang ditag itu dilihat oleh rakan-rakan mutual friends, sudah tentu rasa segan. Cuba letak diri kita di tempat mereka.

2.Pm membuta tuli tanpa soft approach terlebih dulu dan ayat yang semacam mendesak.
sebagai contoh. Hai Sabrina. saya ada jual produk sekian2 untuk awak. ambiklah.. rugi tak ambik. bolehlah? bulan depan naik harga.
Nampak tak macam, ada unsur paksaan di situ. Adik saya pernah kena dan dia tak suka teknik marketing macamni.
saya rasa kalau seller tu pm secara general mungkin tak mengapa.. sebab kita nampak mmg dia promote pada semua orang. 

3,. Masukkan prospek dalam banyak group pengiklanan. Lebih baik minta izin pada mereka terlebih dahulu. Prospek terasa seperti seller tak menghormati mereka. Mereka juga letih nak keluar dari group satu persatu. Saya pernah diinvite dalam satu group yang nampak macam mengiklan pelbagai barangan,  tetapi ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengiklankan video-video lucah. di group tersebut. Memang akan keluar newsfeed dan kita yang ternampak ni memang rasa tak selesa.

4. Terlalu kerap mempromosi barang
Setiap 5 minit mesti nak iklankan produk
Mereka lebih selesa kalau kita share pengalaman guna produk berbanding promosi produk siap tulis tanda harga.

Apa pula yang seller tak suka prospek buat?
1. Tak faham arahan.
Selalunya bila seller promosikan produk, mereka akan tulis arahan.. 'jika berminat,pm" atau hubungi saya di no 0196835149. Tapi apa yang selalu terjadi?
Prospek menyuruh seller pm mereka, atau siap tanya lagi berapa harga sedangkan sudah ditulis dengan jelas harga di situ. Seperkara lagi diingatkan,admin page tidak boleh pm prospek kerana settingnya sudah dibuat begitu, kerana itulah prospek yang perlu pm admin page.

2. Meninggalkan urusan jual beli dengan tanda tanya.
Dah siap minta no akaun pada seller dan cakap saya nak barang ni, tiba-tiba diam seribu bahasa, tak update nak beli atau tak jadi. Kalau tak jadi, maklumkan pada seller tak jadi beli. Sekurang-kurangnya seller tak tertanya-tanya dan boleh beri peluang pada potential buyer yang lain.

Ya. Seller kena jaga hati customer, customer juga kena jaga hati seller. Barulah harmoni dunia bisnes online kita :)

p/s: abaikan bahasa rojak saya di atas, ia hanya untuk bacaan santai.