Sunday 9 February 2014

Tanda-tanda kekurangan Vitamin C

Bismillah

Saya bukan doktor, bukan pakar pemakanan, bukan  jururawat, bukan menteri kesihatan mahupun pengarah hospital dan saya bukanlah nak ambil alih tugas mereka semua tu.

Saya hanya orang biasa... yang masih belajar dengan erti kehidupan (poyo :P). Maka ilmu yang ada tu kenalah dikongsikan utk diamalkan sendiri dan untuk manfaat orang lain.

Just nak share tanda-tanda kekurangan vitamin C. Kat sekolah dulu pernah belajar tentang ni. Lagipun ini ilmu umum yang semua orang patut tahu untuk menilai tahap kesihatan mereka.


Antara tanda-tanda kekurangan Vitamin C

  • Mudah tertekan (Sikit-sikit nak mengamuk. Mengamuk yang biasa-biasa je tau, mudah terasa hati, mudah merajuk. Sikit-sikit nak muncung boleh buat sangkut hanger. Kalau mengamuk dengan parang tu tanda sakit lain pulak)
  • Kulit sangat kelihatan kering dan bersisik
  •  Tapak kaki keras dan kasar
  •  Mudah kena lebam-lebam
  • Gusi mudah berdarah
  • Cepat letih
  • Sakit sendi dan otot
  • Rambut kelihatan kering dan kurang sihat
  •  Hidung mudah berdarah
  • Luka lambat sembuh
  • Kalau sakit susah nak sembuh (ambil masa lama)
  • Hilang berat badan

Kalau anda ada tanda-tanda di atas  kemungkin anda kekurangan vitamin C... Tapi, kalau ia nampak serius dan sebahagian dari tanda-tanda tu ada, pergilah jumpa doktor ya... Tanda -tanda di atas ni boleh jadi kerana kekurangan vitamin C atau mungkin juga tanda penyakit lain (terutamanya kalau mudah sangat demam, kat badan banyak sangat lebam-lebam tanpa punca dan muncul di bahagian yang tak logik nak kena lebam), hilang berat badan, gusi mudah sangat berdarah).  Jangan ambil mudah tentang sakit ye.

Cara untuk mengatasi masalah kekurangan vitamin C, setiap hari anda kenalah banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kalau tak mampu dan tak sempat, bolehlah ambil supplement. Salah satu supplement yang saya nak perkenalkan ni sangat kaya dengan Vitamin C. Setiap tablet mengandungi 7 1/2 biji buah termasuk kulit-kulitnya sekali.

Jadi kalau taknak makan vitamin, bolehlah makan 7 1/2 biji oren setiap hari dan jangan lupa makan dengan kulitnya sekali sebab kulitnya itulah yang banyak vitamin C.




Terima kasih kerana sudi membaca

Ummusumayyah274
Shaklee Independent Distributor
ID: 1084356
0196835149

No comments:

Post a Comment